wa nak share ckit ilmu yg wa dpt dari kakak usrah wa..
nama dia maryam muneerah bnti ahmad
Soalan: Macammana saya nak tahu, bakal suami saya seorang yang soleh dan baik?
Jawapan: Lelaki yang soleh lagi baik, tak ajak kamu berbuat zina. Tidak bermukadimah zina....samada dengan perkataan apatah lagi perbuatan......tidak mengucapkan seweneng-wenangnya kata-kata cinta, sayang, rindu.....kepada berapa ramai kamu...Tak ajak berpegangan tangan, sentuh-sentuh sebelum nikah. Dia akan bernikah denganmu dengan cara baik. Dia akan berjumpa dengan kedua ibu-bapamu dulu. Yang penting, dia setia berjanji akan mengahwinimu.
Adik-adik remaja yang dikasihi, terutamanya yang perempuan, bila seseorang mengungkapkan rasa cinta kepadamu.....jangan mudah terpesona dengan kata-kata ajaib, pesona kata cinta....yang lemah lembut gemalai....yang lentuk meliuk.....tutup matamu, tutup telingamu....buka luas-luas Pintu Hatimu.....Pandang dengan Mata Hati....Bermunajat kepada Allah s.w.t.....Solat Hajat, Beristikharah....mohon Allah s.w.t. pilihkan dan tentukan apakah dia sebenarnya baik untukmu...jika baik, mohon Allah satukan, tetapi jika dia baik atau berniat tidak baik.....mohon Allah singkir dia dari Hatimu sedangkan Hati tidak tersentuh walau setitis pun.
''Seharusnya lelaki tidak harus meletakkan piawaian yang terlalu tinggi untuk calonnya. Kerana jika IMANnya hebat, maka dia akan memimpin dengan baik, tidak kira siapa pun yang akan menjadi makmumnya. ''
Yang harus cerewet adalah wanita. Kerana dia sedang memilih calon IMAMnya. Dan sudah pasti, dia mahukan calon Imam yang mampu membimbing dengan baik.
Kerana memilih bakal Imam, lebih penting dari memilih bakal Makmum.
seorang lelaki yang baik, dia pasti akan membimbing perempuan yang disayanginya agar menjadi lebih baik.. ♥
Bukan menghanyutkan (=
♥ Sometimes you need some time to be alone; not that you are a loner but it is because you need some time to spend with Allah alone ♥
Jika mahukan seseorang sangat-sangat, mohonlah sangat-sangat pada Allah. Bukan merayu-rayu pada empunya diri. Bila empunya diri menolak, siapa yang kecewa? Namun jika pohon direct pada Allah, Allah akan bagi dua kemungkinan. Mungkin dapat dia, atau mungkin dapat yang lebih baik darinya
Wanita yang meninggal sebelum sempat menikah, maka Allah SWT akan menikahkan mereka di syurga dengan seorang lelaki dari penduduk dunia, ini berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W : " Di syurga tidaklah ada orang yang membujang (tidak memiliki pasangan "(Hr. Muslim) ♥ Jadi wahai wanita sekalian, tidak perlulah kamu bimbang sekiranya tidak mempunyai jodoh kerana kita akan memiliki pasangan kita kelak, insyaAllah .. yang pasti itulah janji Allah kepada kita semua, wahai Mujahidah Islam .:











